Persembahan dari Datuk Siti Nurhaliza pada malam Anugerah Kaseh Tribute P.Ramlee di Auditorium Perdana Angkasapuri, Kuala Lumpur. foto MOHD HAZROL ZAINAL, 04 MAC 2017.

KUALA LUMPUR – Penyanyi nombor satu, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin dilantik┬ásebagai Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan PINTAR.

Pelantikan Siti itu diumumkan Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah PINTAR, Tan Sri Arshad Ayub dalam satu majlis diadakan di Mercu UEM, KL Sentral, di sini semalam.

Mewakili golongan seniman, Siti berperanan untuk memupuk bakat seni yang ada dalam diri golongan terbabit dan membantu mengembangkannya mengikut saluran betul.

Siti ditawar untuk menjadi ahli lembaga pemegang amanah yayasan berkenaan sekitar penghujung tahun lalu.

Antara program berkaitan yang sudah pun dijalankan oleh Yayasan PINTAR adalah bengkel Program Action Song yang antara lain bertujuan membina keyakinan pelajar terhadap penggunaan Bahasa Inggeris dalam pembelajaran mereka. – MalaysiaGazette