Semua Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) di negeri ini diminta mengadakan solat hajat bagi mendoakan agar anggota mereka, Wan Mohd Arif Wan Yahya, yang dikhuatiri lemas dan hilang di Sungai Paka dekat Kampung Durian Mentangau, Dungun, Jumaat lepas ditemui.

PETALING JAYA – Seorang bayi berusia dua tahun lima bulan meninggal dunia dipercayai didera selepas dihantar ke rumah pengasuhnya di Apartmen Impian Baiduri di sini semalam.

Ibu kepada mangsa bayi itu, berusia 22 tahun bekerja sebagai juruwang tinggal di Sea Park, daerah yang sama.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din berkata, lebih kurang pukul 1 tengah hari semalam, pengadu iaitu ibunya telah menghantar anak perempuannya ke rumah pengasuh di apartmen berkenaan di Seksyen 51A dalam keadaan sihat dan ceria.

“Kemudian pengadu telah menerima mesej WhatsApp daripada pengasuh pada pukul 2 petang mengatakan anaknya berada dalam keadaan tidak sihat dan bermuntah selain badannya lemah.

“Ibu bayi itu telah bergegas ke rumah pengasuh pukul 4 petang untuk mengambl anak dan mendapati bayi itu tidak sedar diri,” katanya dalam kenyataan menrusi WhatsApp sebentar tadi.

Tambahnya, ibu bayi itu terus membawa anaknya ke Pusat Perubatan University Malaya (PPUM).

Katanya, pegawai perkhidmatan kesihatan yang bertugas di bahagian kecemasan pediatrik telah mengesahkan anak pengadu telah meninggal dunia kira-kira pukul 5.40 petang.

“Siasatan awal mendapati hasil pemeriksaan pegawai  kesihatan PPUM, bayi tersebut telah mengalami lebam di seluruh badan dan bahagian kemaluan bayi telah mengalami kecederaan seperti terkoyak.

“Selain itu, kecederaan parah di bahagian perut bayi akibat hentaman objek tumpul.

“Siasatan akan diteruskan dan perkembangan siasatan akan menyusul,” katanya.

Susulan kejadian itu, katanya polis berjaya menangkap empat suspek iaitu dua lelaki dan dua wanita untuk membantu siasatan kes dibawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

“Mereka adalah suami pengasuh (24 tahun), pengasuh (20-an) ibu bayi (22 tahun) dan juga teman lelaki ibu mangsa berusia 25 tahun.

“Kesemua suspek itu ditangkap di Petaling Jaya malam tadi dan direman selama tujuh hari bermula hari ini untuk tindakan lanjut polis,” tegasnya. – MalaysiaGazette