Taman Negara Banff

ALBERTA – Dua pelancong Amerika yang hilang dikhuatiri maut, selepas runtuhan salji di Taman Negara Banff di wilayah Alberta.

Polis memberitahu pasangan itu dari Boston tidak mendaftar keluar dari hotel pada hari Selasa tetapi kereta mereka ditemui berhampiran Lake Louise.

Pasukan penyelamat mendapati ada kesan tapak kasut di trek kawasan runtuhan salji.

Kawasan runtuhan masih berisiko tinggi, lantaran itu belum ada pasukan pencari dan penyemat dikerah ke lokasi tersebut.

Setakat ini, pihak polis hanya menghantar helikopter berlegar-legar di kawasan berkenaan dan mendapat isyarat daripada dua radio transmiter.

Operasi menyelamat akan dijalankan sebaik sahaja keadaan cuaca baik. – MalaysiaGazette

Comments are closed.