Abdul Hadi Awang
Abdul Hadi Awang

KUALA LUMPUR – Mengakhiri minggu ketiga Dewan Rakyat, Rang Undang-undang Persendirian Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (pindaan 2016) atau (Akta 355) yang dibawa oleh Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini dilihat telah ditolak ke bawah.

Menurut kertas Aturan Urusan Mesyuarat Dewan Rakyat yang sebelum ini  i kedudukan ketujuh jatuh kedudukan ke 11 hari ini.

Difahamkan, usul pindaan akta ini diturunkan untuk memberi laluan terlebih dahulu kepada usul yang akan dibawa kerajaan.

Terdapat 10 lagi pindaan yang mendahului pindaan RUU355  meliputi empat pindaan melibatkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, dua Kementerian Kewangan, dan masing-masing satu bagi Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan kepenggunaan (KPDNKK), Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri serta Menteri Pendidikan Tinggi.

Usul terdahulu dalam aturan mesyuarat antaranya Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2016) 2017, Rang Undang-undang Mahkamah (Kaedah-kaedah Permulaan Tindakan Sivil) 2016, Rang Undang-undang Kebankrapan (Pindaan) 2016.

Antara lain, Rang Undang-undang Memperbaharui Undang-undang (Perkahwinan dan Penceraian) (Pindaan 2016), Rang Undang-undang Setem (Pindaan) 2016, Rang Undang-undang Timbang dan Sukat (Pindaan) 2016, Rang Undang-undang Perdagangan Strategik (Pindaan) 2017, Rang Undang-undang Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (Pindaan) 2017 dan Rang Undang-undang Saraan Hakim (Pindaan) 2017.

Semalam, usul yang dibawa Hadi berada di kedudukan kesembilan dalam aturan mesyuarat Dewan Rakyat.

Pada sesi Dewan Rakyat November lalu, Hadi membawa usul di Dewan Rakyat dengan pindaan daripada segi hukuman dengan mencadangkan bagi menaikkan had hukuman penjara kepada 30 tahun, denda hingga RM100,000 dan maksimum 100 kali sebatan. -MalaysiaGazette.