DORTMUND – Pertahanan Manchester United, Phil Jones terpaksa melupakan aksi antarabangsa ketika England menentang Jerman dan Lithuania akibat kecederaan dialami ketika sesi latihan.

Difahamkan, Jones tercedera gara-gara terjahan oleh rakan kelabnya, Chris Smalling.

Jones yang memiliki 20 kap bersama England telah dihantar pulang ke kelabnya untuk menjalani rawatan kecederaan kaki yang dialaminya.

Pemeriksaan lanjut perlu dilakukan bagi mengetahui tahap kecederaannya selepas ujian imbasan atau X-ray dilakukan.

Dalam pada itu, pengurus England, Gareth Southgate turut mengesahkan Gary Cahill akan menggalas tugas selaku kapten ketika aksi persahabatan dengan Jerman, awal pagi esok.

Jelasnya, kedudukan Raheem Sterling pula belum terjamin selepas keletihan mengharungi minggu yang padat bersama Manchester City.

Southgate berkata, keputusan mengenai kedudukan Sterling hanya akan dibuat sebelum aksi menentang Jerman. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast