KOTA KINABALU, 24 Mac -- Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tungku yang juga Pengerusi Majlis Ugama Islam Sabah, Datuk Mohd. Suhaili Said meninggal dunia di sebuah hospital di Kuala Lumpur hari ini. Jenazah Allahyarham dijangkan diterbangkan ke Tawau sebelum di bawa ke Lahad Datu malam ini. --fotoBERNAMA (2017) HAK CIPTA TERPELIHARA
LAHAD DATU – Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tungku, Datuk Mohd Suhaili Said, 56, meninggal dunia petang tadi di Hospital Gleneagles, Jalan Ampang, Kuala Lumpur.

Kakaknya, Ajarah Said yang mengesahkan perkara itu berkata Allahyarham yang meninggal pada pukul 3.10 petang mengalami sakit kanser hati akan dibawa balik ke Kampung Remang.

“Saya mendapat maklumat ini daripada anak buah saya (anak arwah) dan berita ini sesuatu yang mengejutkan kerana arwah tidak menunjukkan tanda-tanda sakit sebelum ini,” katanya.-MalaysiaGazette