Adi Putra

KUALA LUMPUR – Kes sebutan kedua  permohonan perceraian isteri pertama Adi Putra ditangguhkan kepada satu tarikh lain yang akan ditetapkan kemudian apabila pelakon itu tidak muncul di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur, pagi ini.

Mengikut sumber mahkamah, kes Adi sepatutnya disebut di depan Hakim Tuan Izzat Syazli Mushid sekitar pukul 9.30 pagi.

Tarikh bagi kes yang sama akan ditetapkan pihak hakim pada satu tarikh lain yang akan dimaklumkan kemudian selepas perbincangan antara pihak mahkamah dan Adi kelak.

Sebelum ini sebutan pertama kes perceraian Adi ditangguhkan sekitar Mac lalu. – MalaysiaGazette