KUALA LUMPUR – AirAsia Bhd mahu menawarkan sambungan penerbangan yang lebih luas di Malaysia dan India di bawah perjanjian perkhidmatan udara dua hala baharu yang dicadangkan untuk kedua-dua negara.

Pengerusi Eksekutif AirAsia Datuk Kamarudin Meranun berkata, syarikat penerbangan itu mahu bekerjasama dengan Tourism Malaysia dan India untuk meningkatkan jumlah pelancong.

“AirAsia adalah sebuah kumpulan menerbangkan 109 penerbangan seminggu di 13 destinasi di India, yang masih kecil berbanding saiz negara itu.

“Lantaran itu, kami mahu meningkatkan jumlah ketibaan pelancong bagi kedua-dua negara, sebagaimana kami mensasarkan untuk meluaskan sambungan antara India, Malaysia dan ASEAN,” katanya dalam kenyataan di sini.

Kamarudin juga Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia X mengeluarkan kenyataan itu sempena penyertaan AirAsia dalam lawatan enam hari Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ke India selama enam hari yang berakhir hari ini. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast