Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengarahkan Persatuan Bola Sepak Polis Diraja Malaysia (PDRM FA) untuk menyelesaikan tuntutan tunggakan gaji 12 bekas pemainnya sebanyak RM522,000.
Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengarahkan Persatuan Bola Sepak Polis Diraja Malaysia (PDRM FA) untuk menyelesaikan tuntutan tunggakan gaji 12 bekas pemainnya sebanyak RM522,000.

KUALA LUMPUR – Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menamatkan perkhidmatan seramai 20 orang kakitangannya dengan persetujuan presidennya, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Setiausaha Agung FAM, Datuk Hamidin Mohd. Amin menyusun semula organisasi badan induk persatuan bola sepak berkenaan.

“Ia bertujuan untuk menjaga dan mengawal kewangan persatuan. Seramai 20 orang kakitangan pentadbiran dan teknikal telah ditamatkan perkhidmatan dalam FAM untuk memastikan perjalanan organisasi ini mencapai hala tuju sepatutnya.

“Mereka telah dimaklumkan pada hari ini berserta notis dan tiga bulan gaji akan dibayar sepenuhnya sebelum 15 April ini.

“Untuk makluman semua, semua unit dan jabatan di FAM akan diseragamkan serta digabungkan mengikut organisasi yang telah ditetapkan,” katanya dalam kenyataan semalam.

Sebelum ini, Tunku Ismail pernah memberi gambaran beliau akan melakukan rombakan drastik terhadap persatuan itu termasuk mengurangkan kakitangan FAM selepas terpilih menjadi presiden.

Malah, Tunku Mahkota Johor itu juga bertindak menukar ketua jurulatih skuad bola sepak kebangsaan dengan mengambil Mario Gomez bagi menggantikan posisi Datuk Ong Kim Swee.

Kim Swee pula diberi tugas bagi mengendali skuad bawah 22 tahun (B-22) negara sekali gus menggantikan posisi Frank Bernhardt.

Semalam, baginda juga menukar semula nama Harimau Malaya selepas kira-kira setahun skuad bola sepak negara menggunakan gelaran Harimau Malaysia.-MalaysiaGazette