Pengarah Perubatan Laser Clinic Elite, Dr Pablo Na Ranjo memberi penerangan tentang mesin baru Accent Prime pada Majlis Pelancaran Rasmi Accent Prime Di Hotel Aloft, Kuala Lumpur. foto ADIB AIMAN ROSLI, 27 MAC 2017

KUALA LUMPUR – Be­rita gembira bagi mereka yang ingin kurus dengan  cepat dan selamat serta memiliki raut wajah yang runcing.

Alma Lasers kini memberi peluang kepada semua lapisan masyarakat untuk mendapat tubuh badan dan wajah idaman apabila memperkenalkan produk terbaharu dikenali Accent Prime.

Pencetus inovasi dalam penciptaan laser itu tampil dengan rawatan dalam masa 20 minit sahaja untuk mana-mana bahagian anggota tubuh badan.

Accent Prime merupakan satu lagi teknologi terbaharu khas untuk rawatan penegangan kulit dan pengkonturan badan berasaskan cahaya, frekuensi radio, unipolar serta ultrabunyi sempena ulangtahun penubuhan 10 tahun Alma Lasers.

Ia adalah generasi ke empat sejak generasi pertama Accent dikeluarkan pada tahun 2007 apabila Accent Prime disifatkan sebagai inovasi termaju yang dihasilkan untuk pelanggan yang mahukan rawatan pantas tetapi hasilnya berpanjangan dan memuaskan.

Ketua Pegawai Eksekutif Alma Laser, Dr. Ziv Karni berkata, pihak amat teruja untuk meraikan generasi Accent dan kejayaan sedekad berada di pasaran.

“Ini bermakna kekuatan jenama kami dan kemuncak teknologi dalam industri penegangan kulit dan pengkonturan badan telah diiktiraf ramai.

“Selama 10 tahun perjalanan Accent, pengenalan Accent Prime telah mengubah rentak industri dan menawarkan penyelesaian perintis untuk rawatan jenis kulit yang berbeza, belum pernah berlaku dan berhasil sebelum ini,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis pelancaran Accent Prime di sini baru-baru ini.

Turut hadir artis popular tanahair antaranya Dafi, Mya Matahari, Jihan Muse, Isma AF dan Fazli Zainal.

Timbalan Presiden Persatuan Kebangsaan Wanita, Puan Sri Datin Susan Cheah (tiga kanan) merasmikan mesin terbaru Accent Prime sambil diperhatikan oleh barisan artis jemputan Jihan Muse (kiri), Ismaliza AF7 (tiga kiri) , Maya Matahari (empat kiri) pada Majlis Pelancaran Rasmi Accent Prime di Aloft Hotel, Kuala Lumpur. foto ADIB AIMAN ROSLI, 27 MAC 2017
Timbalan Presiden Persatuan Kebangsaan Wanita, Puan Sri Datin Susan Cheah (tiga kanan) merasmikan mesin terbaru Accent Prime sambil diperhatikan oleh barisan artis jemputan Jihan Muse (kiri), Ismaliza AF7 (tiga kiri) , Maya Matahari (empat kiri) pada Majlis Pelancaran Rasmi Accent Prime di Aloft Hotel , Kuala Lumpur. foto ADIB AIMAN ROSLI

Sementara itu, Accent Prime menyediakan tiga aplikasi berkuasa tinggi apabila kaedah itu menggunakan mekanisme vakum sejuk bagi memaksimumkan keberkesanan rawatan dalam masa yang singkat.

Setiap rawatannya terbahagi kepada lima kategori seperti pengkonturan badan, pengkonturan muka, menegangkan kulit, selulit) dan rejuvinasi serta pemulihan kulit.

Sempena ulang tahun ke-10 itu, Accent Prime turut menawarkan peraduan di laman sosial Facebook yang membolehkan orang ramai menyaksikan video dan kandungan digital yang memaparkan kejayaan rawatannya. – MalaysiaGazette