Home Ekonomi Yuslina terajui I&P mulai Mei ini

Yuslina terajui I&P mulai Mei ini

Yuslina Mohd Yunus

KUALA LUMPUR – Permodalan Nasional Berhad (PNB) mengumumkan pelantikan Yuslina Mohd Yunus sebagai Pengarah Urusan Kumpulan I&P Group Sdn Berhad (I&P Group) yang baharu berkuatkuasa 1 Mei ini.

Yuslina, 50, kini memegang jawatan Pengurus Besar Kewangan dan Teknologi Maklumat I&P Group.

Pelantikan beliau bagi menggantikan Datuk Ir. Jamaludin Osman, 62, yang akan bersara pada 30 April 2017.

Pengerusi Kumpulan PNB yang juga Pengerusi I&P Group, Tan Sri Abdul Wahid Omar mengalu-alukan pelantikan Yuslina sebagai peneraju baharu I&P.

“Saya yakin, pengalaman luas beliau dalam bidang pentadbiran dan kewangan serta hartanah sepanjang berkhidmat selama 26 tahun bersama I&P Group akan memberi sumbangan besar terhadap kejayaan berterusan syarikat.

Beliau juga merakamkan penghargaan kepada Jamaludin atas dedikasi dan sumbangan beliau terhadap pertumbuhan syarikat sepanjang 12 tahun bersama I&P.

“Kebolehan beliau selama ini telah melonjakkan nama I&P Group sebagai antara pemain utama pembangunan hartanah negara,” kata Abdul Wahid. – MalaysiaGazette