Gambar hiasan

AUSTRALIA – Seorang remaja perempuan meninggal dunia selepas diserang jerung ketika sedang meluncur ombak di barat negara ini.

Mangsa, 17, mengalami kecederaan teruk semasa dia dibawa ke pantai oleh bapanya kira-kira pukul 4 petang Isnin (09.00 GMT).

Dia meninggal dunia di hospital.

Ibu dan dua beradik mangsa juga berada di tempat kejadian berhampiran Esperance.

Ia merupakan serangan ketiga di barat Australia dalam tempoh 12 bulan.

Tragedi terbaharu itu berlaku di kawasan sama selepas seorang peluncur kehilangan tangan akibat dibaham jerung pada tahun 2014

Pantai itu ditutup untuk tempoh 48 jam sehingga siasatan selesai. – MalaysiaGazette