Abdel Hameed al-Youssef memangku anak kembarnya yang maut dalam serangan di Syria pada 4 April lalu. foto Agensi

THE HAGUE – Pertubuhan bagi Larangan Senjata Kimia keputusan ujian dari serangan kimia di Syria pada 4 April lalu menunjukkan gas sarin atau bahan yang sama telah digunakan.

Sampel daripada 10 mangsa dalam serangan di Khan Sheikhun dianalisis di empat makmal, menunjukkan pendedahan kepada sarin atau bahan yang sama,” kata Ahmet Uzumcu, Ketua Pertubuhan bagi Larangan Senjata Kimia (OPCW).

Serangan berlaku di bandar yang dikuasai pemberontak di wilayah Idlib membunuh sekurang-kurangnya 87 orang, termasuk kanak-kanak.

Rakaman gambar yang menunjukkan mangsa yang mati dan mangsa-mangsa serangan itu telah membangkitkan kemarahan global.

Sampel telah diambil daripada tiga orang yang mati dalam serangan it telah dianalisis di dua makmal OPCW, kata Uzumcu kepada perwakilan Exco OPCW.

Satu lagi set sampel bio-perubatan daripada tujuh orang yang dirawat di hospital juga telah dianalisis dalam dua makmal lain.

“Hasil terperinci makmal akan diperoleh namun keputusan analisis yang telah diperolehi adalah tidak dapat dipertikaikan,” jelas Uzumcu.

Satu misi mencari fakta diwujudkan oleh OPCW telah bersedia untuk dihantar ke bandar untuk menjalankan temu bual dan mengumpul sampel.

Majlis Eksekutif itu akan bertemu lagi pada hari Khamis untuk mengundi dengan keputusan draf yang sedang dibincangkan. – MalaysiaGazette