SINGAPURA – Pengilang-pengilang tepung di Asia dijangka menghadapi bekalan terhad pelbagai gandum Australia yang digunakan untuk membuat mee selepas para petani menahan stok ekoran kejatuhan harga hampir sedekad.

Pembeli menghadapi kesukaran untuk mendapatkan penghantaran gandum Australia Standard White (ASW) pada bulan-bulan akan datang, yang memaksa pengilang untuk mencari alternatif bekalan, menurut peniaga dan pengilang.

Asia adalah pasaran gandum paling pesat berkembang dan terbesar dunia.

Perkembangan itu didorong oleh peningkatan penggunaan mee, roti dan produk roti.

China dan India masing-masing menggunakan kira-kira 100 juta tan setahun dan Indonesia muncul sebagai pengimport gandum kedua terbesar di dunia selepas Mesir, membeli lebih daripada 10 juta tan metrik pada tahun itu hingga Jun 2016 sehingga 35 peratus pada tahun sebelumnya.

“Para petani tidak mahu menjual gandum kerana harga terlalu rendah. Tidak ada masalah kekurangan ASW, pengeluaran memberangsangkan,” kata pedagang yang berpangkalan di Singapura.

Tambahnya, gandum ASW dijual pada harga terendah 10 tahun kira-kira AS$190 setiap tan termasuk penghantaran percuma pada Januari dan Februari.

Pasaran gandum telah pulih sekitar AS$200 setiap tan tetapi harga itu masih rendah dengan purata AS$220 hingga AS$240 setiap tan sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Dunia dibanjiri dengan gandum, apabila Jabatan Pertanian Amerika Syarikat meramalkan inventori global mencecah rekod 252.26 juta tan pada akhir tahun tanaman pada bulan Jun.

Australia menghasilkan rekod 35.13 juta tan gandum pada musim 2016/17 – kira-kira 18 peratus lebih daripada rekod sebelum 29.6 juta tan ditetapkan pada 2011/12.

“Saya rasa ia hanya masalah sementara petani tidak mahu menjual kerana terdapat permintaan tambahan juga, India telah membeli gandum Australia,” kata seorang pengurus pemerolehan di tepung berpusat di Asia Tenggara. – MalaysiaGazette