Seorang banduan berjaya ditahan semula selepas merusuh dari Penjara Bungkuk Sialang di Pekanbaru. foto Agensi

PEKANBARU – Pihak berkuasa Indonesia masih mengesan kira-kira 200 banduan yang berjaya melarikan diri dari sebuah penjara yang sesak di Kepulauan Sumatera.

Para banduan merusuh Jumaat lalu selepas mereka dilepaskan daripada sel-sel mereka pada Jumaat di Penjara Bungkuk Sialang di Pekanbaru, ibu kota wilayah Riau, untuk menunaikan solat.

Bagaimanapun mereka bertindak memecahkan pintu penjara.

Ketua Polis Daerah, Susanto berkata, seramai 242 banduan telah ditahan semula pada pagi ini.

Pada awalnya, pihak berkuasa tidak tahu berapa jumlah banduan yang berjaya melarikan diri, menganggarkan ia dalam lingkungan antara 100 dan 300 orang.

Polis berkata, sebahagian daripada banduan itu dikembalikan oleh keluarga mereka, manakala yang dilain ditahan oleh orang ramai, polis dan tentera.

Banduan didakwa merusuh kerana tidak puas hati dengan keadaan dan layanan penjara.

Penjara itu mempunyai kapasiti untuk 360 banduan tetapi jurucakap polis, Guntur Aryo Tejo berkata, penjara tersebut didiami lebih daripada 1,870 orang.

Tejo berkata, empat banduan yang ditahan oleh polis pada lewat Jumaat lalu kira-kira 62 batu dari penjara ketika berada di dalam bas untuk ke daerah barat Sumatera. – MalaysiaGazette