Warga Taiping tidak melepaskan peluang untuk merakam gelajat bangau di Tasik Taiping
Warga Taiping tidak melepaskan peluang untuk merakam gelajat bangau di Tasik Taiping

TAIPING – Tarikan baharu di Tasik Taping, Perak telah menarik perhatian orang ramai termasuk penggemar fotografi.

Tarikan yang dimaksudkan ialah 12 ekor bangau yang ‘melarikan diri’ dari Zoo Taiping yang terletak berhampiran dengan tasik itu.

Disebabkan populasi yang bertambah, 12 ekor bangau telah dilepaskan dari tempat kurungan dan dibenarkan berkeliaran di Zoo Taiping.

Burung tersebut bagaimanapun ‘menyalah guna’ kebebasan yang diberikan dengan melarikan diri dari Zoo Taiping ke Tasik Taping dari semasa ke semasa.

Kehadiran bangau di Tasik Taiping menarik perhatian orang ramai.
Kehadiran bangau di Tasik Taiping menarik perhatian orang ramai.
“Mereka kadang-kala akan cari makan di Tasik Taiping tetapi akan pulang ke zoo pada waktu malam,” kata jurucakap Zoo Taiping kepada Sinchew Daily.

Burung tersebut biasanya hidup di pesisir tasik dan laut, Mereka merupakan haiwan terlindung di negara ini.

Disebabkan kumpulan bangau tersebut membesar di zoo, maka burung-burung itu juga tidak gentar dengan kehadiran manusia.