Min Bahadur Sherchan

NEPAL – Impian seorang warga emas Nepal untuk menjadi individu tertua mendaki Gunung Everest tidak kesampaian apabila beliau meninggal dunia di kem.

Min Bahadur Sherchan, 85, bekas tentera Gurkha British cuba untuk menandingi rekod yang dipegang oleh Yuichiro Miura, dari Jepun yang mendaki gunung tertinggi dunia itu pada usia 80 tahun pada 2013.

Miura mengatasi rekod Sherchan yang mendaki gunung itu pada usia 76 tahun pada 2008.

Sherchan meninggal dunia di pangkalan kem pada petang Sabtu, kata pejabat pelancongan Nepak.

Doktor mengesyaki beliau diserang sakit jantung.

Sherchan berhasrat untuk mendaki Everest pada usianya ke-81 tetapi ditangguhkan kerana cuaca buruk.

Beliau berusaha sekali lagi pada tahun 2015 namun hampa kerana gempa bumi melanda negara tersebut.

“Saya mahu mendaki untuk membuat rekod baru yang akan memberi inspirasi kepada orang ramai supaya bercita-cita besar,” katanya kepada agensi berita DPA pada Mac lalu. – MalaysiaGazette