Akaun bank Wanita MCA telah dibekukan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana menerima wang berjumlah RM300,000 semasa Pilihan Raya 2013.
Akaun bank Wanita MCA telah dibekukan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana menerima wang berjumlah RM300,000 semasa Pilihan Raya 2013.
KUALA LUMPUR – Tidak banyak yang diharapkan MCA dalam tiga negeri di Selangor, Negeri Sembilan atau Pulau Pinang, tetapi sekadar mahu ‘pecah telur’ atau memenangi satu kerusi.
 
Sinchew Daily melaporkan, MCA yang memperoleh keputusan menghampakan dalam pilihan raya lalu, termasuk pulang dengan tangan kosong di Selangor, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang mengharapkan keputusan lebih baik pada Pilihan Raya Umum Ke-14.
 
Parti itu mengharapkan calon-calon muda daripada sayap pemuda dapat membantu ia mencapai kemenangan.
 
Di Selangor, MCA paling berpeluang untuk memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Pelek di Sepang dan Kuala Kubu Baru di Hulu Selangor.
 
Ketua Bahagian MCA Sepang dan Hulu Selangor, Datuk Ng Chok Sin dan Wong Koon Mun dijangka mewakili parti itu untuk bertanding di Sungai Pelek dan Kuala Kubu Baru.
 
Daripada 10 kerusi DUN di Negeri Sembilan, kerusi Chennah merupakan yang paling berpotensi untuk dimenangi MCA.
 
Ketua MCA Jelebu, Roger Seet dijangka diberi mandat untuk bertanding di Chennah.
 
MCA pada masa yang sama dijangka membariskan lebih daripada separuh orang muda untuk bertanding di 10 kerusi DUN di Pulau Pinang dengan harapan dapat mencapai kemenangan di sekurang-kurangnya satu kerusi.
 
Parti komponen Barisan Nasional (BN) itu juga menggunakan kaedah sama di Pahang dengan membariskan lebih ramai orang muda untuk kerusi DUN.
 
Dengan pertukaran kerusi Tanah Rata dengan Ketari di Pahang antara MCA dan Gerakan, Setiausaha Agung Pemuda MCA, Leong Kim Soon dijangka bertanding di Tanah Rata.
 
Di dua negeri Pantai Timur di Kelantan dan Terengganu pula, MCA akan bertanding masing-masing satu kerusi di setiap negeri. – MalaysiaGazette