Dua pelajar itu pada mulanya menyelidik tumbuh-tumbuhan dalam pembuatan minyak wangi tetapi secara tidak sengaja menemui bahawa tumbuh-tumbuhan akan mengeluarkan kafein untuk melindungi diri daripada dimakan serangga.

PULAU PINANG – Dua pelajar sekolah menengah berjaya menemukan bahawa kafein boleh digunakan untuk mencegah anai-anai, malahan sebagai ubat untuk membunuh serangga perosak itu.

Dua pelajar itu pada mulanya menyelidik tumbuh-tumbuhan dalam pembuatan minyak wangi tetapi secara tidak sengaja menemui bahawa tumbuh-tumbuhan akan mengeluarkan kafein untuk melindungi diri daripada dimakan serangga.

Penemuan itu mendorong Zhuang Zhan Yi dan Guo Xian Jing menukar haluan penyelidikan mereka kepada peranan kafein dalam pencegahan serangga perosak.

Sinchew Daily melaporkan, penggunaan kafein dalam pencegahan anai-anai bukan sahaja mesra alam, malahan lebih murah.

Berbanding Fipronil yang biasa digunakan untuk mencegah anai-anai dan dijual dengan AS$15 setiap gram, kafein boleh diperolehi dengan harga lebih murah iaitu AS$3 satu gram.

Pelajar dari Sekolah Chung Ling di Pulau Pinang itu akan mewakili Malaysia untuk menyertai pertandingan dalam Pameran Sains dan Kejuruteraan Antarabangsa Intel di Amerika Syarikat. – MalaysiaGazette