PUTRAJAYA – Seorang anggota polis berpangkat koperal direman bagi membantu siasatan kegiatan mengutip wang daripada pengusaha pusat judi haram dan rumah urut di Melaka.

Lelaki yang berusia 52 tahun itu direman mulai hari ini sehingga 24 Mei adalah individu ke-10 yang ditahan bagi siasatan kes tersebut.

Majistret Nik Isfahanie Tasnim Wan Ab Rahman telah mengeluarkan perintah reman itu pagi ini.

Sebelum ini, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan sembilan individu, termasuk dua ketua polis daerah bagi membantu siasatan.

Mereka termasuk dua orang anggota polis berpangkat Asisten Supritendan manakala seorang berpangkat Inspektor. – MalaysiaGazette