KUALA LUMPUR – Beberapa kawasan di Hulu Selangor akan mengalami gangguan bekalan air sementara bermula jam 9 pagi pada 23 Mei hingga jam 9 malam hari yang sama berikutan kerja–kerja pencucian di Tangki Imbangan Sungai Buaya.

Kerja-kerja pencucian ini adalah sebahagian daripada kerja-kerja penyelenggaraan demi mengekalkan kualiti bekalan air, menurut Kumpulan Pengurusan Air Selangor.

Kawasan-kawasan yang terlibat adalah Kampung Sungai Buaya Peringkat 1 dan Kampung Sungai Buaya Peringkat 2.

Segala usaha akan diambil untuk menyiapkan kerja-kerja pencucian ini secepat mungkin. Pengguna dinasihati untuk menyimpan bekalan air secukupnya sebelum kerja-kerja bermula pada 23 Mei 2017. – MalaysiaGazette