Peniaga yang ingin memperbaharui lesen perniagaan mereka juga perlu menyerahkan papan tanda lama mereka kepada Dewan Bahasa dan Pustaka kelulusan. - Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan menguat kuasa langkah baharu yang mengkehendaki para peniaga menyerahkan papan tanda mereka kepada agensi itu untuk semakan sebelum dibenarkan mendapatkan lesen daripada pihak berkuasa tempatan.

China Press melaporkan, perkhidmatan semakan papan tanda oleh Dewan Bahasa dan Pustaka yang akan dikuat kuasa mulai Jun adalah berbayar.

Peniaga yang ingin memperbaharui lesen perniagaan mereka juga perlu menyerahkan papan tanda lama mereka kepada Dewan Bahasa dan Pustaka kelulusan.

Walaupun para peniaga tidak mempertikaikan tindakan kerajaan dalam memartabatkan bahasa Melayu yang merupakan bahasa kebangsaan, tetapi mereka juga berpendapat perkhidmatan tersebut harus diberikan secara percuma.

Presiden Persekutuan Persatuan Peniaga Barangan Runcit, Hong Chee Meng berkata, kerajaan telah menyediakan garis panduan untuk semua papan tanda, manakala Dewan Bahasa dan Pustaka hanya menyelaraskan penggunaan bahasa Melayu.

Katanya, ia termasuk menyusun semula frasa yang mempunyai kesilapan tatabahasa kepada bahasa Melayu yang betul.

“DBP sebagai contoh akan menyusun Ah Chong Kedai Gunting kepada Kedai Gunting Ah Chong.
“Adalah perkhidmatan seperti ini juga perlu dikenakan bayaran?” tanya Chee Meng.

Jurucakap DBP mengesahkan bahawa bayaran akan dikenakan mulai Jun.

Katanya, bayaran dibahagi kepada dua kategori iaitu papan iklan besar yang berharga RM30 dan papan tanda kecil serta kain rentang sebanyak RM10.

Keadaan itu bermakna papan tanda kedai biasa akan dikenakan RM10 manakala papan iklan besar adalah iklan gergasi yang dipasang pada jejantas dan jalan raya termasuk iklan elektronik.

Bayaran dikenakan semasa peniaga memohon lesen baharu atau membaharui lesen sedia ada.