Mustapa Mohamed

KUALA LUMPUR – Malaysia berada pada kedudukan ke-24 dalam 63 ekonomi paling kompetitif di dunia, jatuh lima tangga berbanding tempat ke-19 tahun lalu.

Kedudukan itu berdasarkan Buku Tahunan Daya Saing Dunia 2017 (WCY) yang diterbitkan Institute for Management Development (IMD) yang berpangkalan di Lausanne, Switzerland.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, meskipun kedudukan negara jatuh, Malaysia masih kekal dalam kalangan 25 negara paling
kompetitif termasuk Hong Kong, Switzerland, Singapura, Amerika Syarikat dan Belanda.

Malah, Malaysia berada di hadapan Austria (25), Jepun (26) dan Republik Korea.

“Malaysia berada pada kedudukan kedua paling kompetitif di ASEAN, selain 32 ekonomi dengan per kapita Keluaran Dalam Negara Kasar kurang daripada AS$20,000,” katanya di sini.

Bagi Prestasi Ekonomi, yang mana turut mengambil kira penilaian makro ekonomi domestik, Malaysia berada pada kedudukan ketiga, merosot berbanding tempat ke-11 tahun lalu.

Kekuatan Malaysia ialah pada harga gasolin (tempat ke-4), pengangguran jangka panjang (tempat ke-5) dan kadar pengangguran (tempat ke-6), sekali gus memberi isyarat penyatuan fiskal dan polisi-polisi ekonomi berjaya.

Hakikatnya, bagi sub-faktor harga secara keseluruhan, Malaysia telah membaiki kedudukan pada tempat ke-3 berbanding ke-7 pada tahun lalu.

Kelemahan negara pula pada kadar mata wang (tempat ke-48), disebabkan turun naik nilai ringgit pada tahun lalu dan per kapita KDNK (tempat ke-46).

Untuk kecekapan kerajaan yang mengukur sejauh mana dasar-dasar kerajaan adalah kondusif untuk daya saing, Malaysia mencapai kedudukan ke-25 (2016: ke-18). kekuatan
negara adalah kadar cukai penggunaan (kedudukan ke-7) dan jumlah pungutan hasil cukai (kedudukan ke-10), sebahagian besarnya disebabkan oleh pelaksanaan GST.

Secara keseluruhannya, dasar cukai negara berada di kedudukan ke-11. Namun Malaysia masih perlu meningkatkan prestasidala m bidang seperti prosedur permulaan (kedudukan ke-53).

Mustapa menambah, bagi faktor kecekapan perniagaan, Malaysia berada pada kedudukan ke-19 (2016: ke-14) dengan kelebihan dalam penggunaan data besar dan analisis (kedudukan ke-5) dan permodalan pasaran saham (kedudukan ke-7).

Malaysia merupakan salah satu daripada beberapa negara-negara yang mempunyai hala struktur Big Data Analytics (BDA) dan perlu terus meningkatkan penggunaan BDA semua sektor dalam ekonomi.

Walaupun pertumbuhan kadar penyertaan tenaga kerja wanita jatuh dari 46.8 peratus (2010) kepada 54.3 peratus (2016), terdapat banyak lagi yang perlu dilakukan Malaysia yang
berada di kedudukan ke-53 kedudukan dari segi penyertaan wanita dalam tenaga buruh.

Bagi infrastruktur pula Malaysia berada pada tempat ke-32 (2016: 31) dengan kelebihan pada eksport berteknologi tinggi (kedudukan ke-4), pelaburan dalam telekomunikasi
(tempat ke-4) dan perkongsian awam-swasta (kedudukan ke-8).

Bagaimanapun, negara masih di belakang dalam jumlah perbelanjaan kesihatan (kedudukan ke-59), bantuan perubatan (kedudukan ke-53) dan tenaga boleh diperbaharui
(kedudukan ke-52).

Di sebalik penurunan dalam kedudukan, petunjuk-petunjuk lain yang menyaksikan pemulihan Malaysia dalam beberapa terma nilai iaitu langganan jalur lebar telefon mudah alih 56.4 peratus (2016: 46.1%); kelajuan Internet pada 8.2 megabait setiap saat (Mbps) (2016: 5.2 Mbps); produktiviti buruh pada AS$31.50 (2016: AS$$28.63) dan pencapaian pendidikan tinggi pada 35.5 peratus daripada populasi (2016: 33.5%).

Bilangan paten yang berkuat kuasa pada 17.5 bagi setiap 100,000 penduduk (2016: 15.8); selaraskan inflasi harga pengguna pada 1.04 (2016: 1.15); subsidi kerajaan 2.00 peratus daripada KDNK (2016: 2.45%); pengangguran belia 10.50% daripada tenaga kerja belia (2016: 11.30%); penumpuan eksport oleh produk 52.5% daripada jumlah eksport (2016: 56.0%) dan indeks kos hidup pada 63.40 (2016: 71.90).

Mustapa berkata, Persekitaran luaran yang mencabar pada 2016 memberi kesan kepada daya saing kepada ekonomi yang lebih kecil dan Malaysia tidak terkecuali daripada realiti ini.

Ketidaktentuan geopolitik, kelembapan ekonomi China dan pergerakan mendadak harga komoditi telah menjejaskan sentimen terhadap Malaysia dan sebahagiannya menyumbang
kepada penurunan dalam ranking negara.

“Malaysia berjaya mencatatkan pertumbuhan KDNK sebanyak 4.2 peratus tahun lalu, di tengah-tengah landskap ekonomi global yang mencabar. Bagaimanapun, pertumbuhan ekonomi semasa bukanlah jaminan daya saing masa depan.

“Malaysia perlu konsisten mencari untuk trend baharu dalam membentuk ekonomi global dan memastikan ekonomi kita boleh menyesuaikan diri dengan perubahan landskap ini yang kekal berdaya saing,” ujarnya. – MalaysiaGazette