SPRM

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia telah menerima beberapa maklumat mengenai Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGV).

Katanya, SPRM perlu meneliti maklumat-maklumat tersebut untuk mengenal pasti terdapat unsur rasuah atau penyalahgunaan kuasa sebelum sebarang tindakan diambil.

Dalam kenyataan di sini, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Datuk Azam Baki berkata, SPRM akan meminta Datuk Zakaria hadir memberi keterangan bagi membantu siasatan dalam tempoh terdekat.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif FGV, Datuk Zakaria Arshad yang diarahkan bercuti serta-merta mulai hari ini bagi siasatan kes tunggakan pembayaran oleh Safitex, sebuah syarikat milik Afghanistan yang beroperasi di Dubai.

Bercakap kepada MalaysiaGazette, Zakaria yang mempersoalkan tindakan yang dikenakan ke atasnya, mahu SPRM menyiasat FGV. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast