Home Ekonomi AS naikkan kadar faedah 1.0-1.25%

AS naikkan kadar faedah 1.0-1.25%

WASHINGTON – Rizab Persekutuan menaikkan penanda aras kadar faedah kepada 1.0 peratus hingga 1.25 peratus.

Ia juga memberi isyarat kenaikan lagi sehingga 0.25 peratus, pada kenaikan kedua tahun ini.

Kenaikan itu merupakan paras tertinggi sejak 2008, semasa pembuat-pembuat dasar mengurangkan kadar faedah untuk menggalakkan pinjaman dan perbelanjaan selepas krisis kewangan.

Pengerusi Rizab Persekutuan, Janet Yellen berkata, kenaikan semasa dan rancangan untuk menaikkan lagi pada bulan-bulan akan datang menggambarkan progres ekonominya.

Bank Pusat juga memaklumkan akan mula mengurangkan pegangan bon-bon dan sekuriti lain pada tahun ini.

Yellen berkata, pengembangan ekonomi Amerika Syarikat dan pengukuhan pasaran pekerjaan memacu penanda aras kenaikan kadar faedah itu.

“Keputusan kami menggambarkan progres ekonomi dan prestasi yang dijangkakan,” katanya. – MalaysiaGazette