Pesawat Cesna 421

WISCONSIN – Pesawat kecil yang dalam penerbangan dari Chicago ke Kanada untuk memancing terhempas di utara bandar ini, mengorbankan kesemua enam orang.

Cessna 421 itu terhempas pada pukul 3.21 pagi pada hari Sabtu di Harmony Township, tidak jauh dari bandar Catawba, kira-kira 250 km barat laut Milwaukee, kata Pejabat Polis Price.

Semua mangsa yang terkorban adalah orang dewasa tetapi nama mereka tidak didedahkan.

Pesawat itu terhempas dalam kawasan hutan tebal, kata Leftenan Gabe Lind.

Penyiasat dari Lembaga Keselamatan Pengangkutan Nasional (NTSB) telah dihantar ke tempat kejadian, jurucakap Eric Weiss memberitahu.

Pegawai NTSB berkata, terdapat perbincangan antara juruterbang pesawat dan pengawal trafik udara mengenai “fenomena cuaca tempatan,” lapor stesen televisyen WSAW, sebelum pesawat berkenaan terhempas kira-kira pukul 1.53 pagi. – MalaysiaGazette