Fiza bersama suaminya. Foto Instagram Fiza Abdul Halim

KUALA LUMPUR – Pelakon Fiza Halim rupanya sudah pun berkahwin buat kali ketiga pada Disember tahun lalu.

Kali ini, bekas anggota kumpulan Elite itu memilih juruterbang sebuah syarikat penerbangan terkenal yang juga duda beranak dua, Aizat Al-Jefri Abdul Kudus sebagai suami.

Status wanita itu mula menjadi persoalan apabila dia memberikan bayangan mengenai status terkini dirinya apabila berkongsi gambarnya bersama seorang lelaki di laman Instagram, baru-baru ini.

Rupanya Fiza berada di hospital menemani suaminya yang mendapatkan rawatan lanjut selepas menjalani pembedahan tonsil.

Sebelum ini, Fiza atau nama sebenarnya Siti Zaidatul Fiza Abdul Halim, 36, pernah mendirikan rumah tangga bersama Ahmed Farriq Zainul Abidin.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua cahaya mata, Ferra Aryana, 9, dan Feeya Adyrra, 8. Mereka bagaimanapun bercerai pada 4 November 2010 selepas hampir empat tahun berkahwin.

Fiza seterusnya berkahwin dengan penyanyi kelahiran program Akademi Fantasia, Adam, pada September 2013. Perkahwinan terbabit hanya bertahan selama tujuh bulan sebelum mereka bercerai buat kali pertama.

Fiza dan Adam mengambil keputusan untuk rujuk selepas tiga bulan bercerai, namun setahun kemudian mereka disahkan bercerai buat kali kedua.

Pelakon itu dan Jefri bernikah di kediaman adiknya di Cyberjaya, Disember tahun lalu. – MalaysiaGazette