Gambar hiasan. foto Getty Images

NEW YORK – Niaga hadapan minyak dunia naik sedikit selepas rangsangan tajam tetapi jangka pendek berbanding penurunan yang jauh lebih besar daripada yang dijangka dalam inventori minyak mentah Amerika Syarikat.

Harga minyak gagal mengekalkan keuntungan untuk lebih daripada beberapa minggu selepas kebimbangan pelabur semakin meningkat.

Stok minyak mentah Amerika Syarikat susut sebanyak 6.3 juta tong, kata Pentadbir Maklumat Tenaga Amerika Syarikat (EIA).

Jumlah itu lebih besar daripada 2.3 juta tong yang diramalkan oleh para penganalisis dan jumlah inventori minyak mentah adalah 502.9 juta tong, terendah sejak Januari.

Niaga hadapan minyak Amerika Syarikat mencecah AS $46.53 setong sebelum turun kepada AS$45.52 setong.

Brent pula mencapai kedudukan AS$49.18 setong selepas angka-angka inventori dikeluarkan tetapi berakhir pada harga AS$48.11 setong.

“Terdapat banyak kekangan di luar sana sekarang,” kata penganalisis Price Futures Group, Phil Flynn dan pasaran masih percaya bekalan tidak akan seimbang.

Para pelabur percaya OPEC masih perlu meneruskan pengurangkan bagi menyeimbangkan pengeluaran syal di Amerika Syarikat.

Harga minyak jatuh dari paras tertinggi satu bulan di bawah AS$50 berikutan peningkatan pengeluaran oleh OPEC, walaupun kumpulan itu berjanji untuk mengurangkan output.

Sejumlah bank pelaburan pada dua minggu yang lalu telah menyemak semula harga minyak dengan Bank of America Merrill Lynch mengurangkan purata harga Brent kepada AS$50 setong pada tahun ini dan AS$52 setong pada tahun 2018 berbanding AS$54 dan AS$56 setong sebelum ini.

Bernstein Research juga menurunkan semakan purata Brent bagi tahun 2017 dan 2018 masing-masing kepada AS$50 setong berbanding AS$60 dan AS$70 setong sebelum ini.

Saxo Bank pula mengunjurkan harga minyak naik sehingga AS$55 setong pada bulan-bulan
akan datang dan merosot semula pada tahun depan. – MalaysiaGazette