Dominic Solanke

LONDON – Tanpa spekulasi dan secara diam-diam, bekas bintang muda Chelsea menjadi milik Liverpool selepas kontrak pemain berusia 19 tahun itu bersama juara Liga Perdana Inggeris itu tamat.

Dominic Solanke menjadi pilihan pengurus The Reds, Jurgen Klopp kerana merupakan penyerang dan akan diberikan jersi nombor 29.

Menerusi laman web rasmi Liverpool, Solanke gembira kerana kehadirannya dialu-alukan di kelab tersebut.

“Biarpun baharu sahaja menyertai latihan, saya berasa sangat gembira. Saya berharap dapat bermain dalam masa terdekat untuk mencipta sejarah di sini,” katanya.

Selepas pemain AS Roma, Mohamed Salah, Solanke menjadi pemain kedua yang dibeli oleh Liverpool.

Skuad Klopp dijangka berbelanja besar pada jendela perpindahan kali ini bagi menghadapi Liga Juara-Juara pada musim depan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast