KUALA LUMPUR – KFC Malaysia membawakan kembali burger tanpa roti, Zinger Double Down bagi menambat hati penggemar burger dan ayam goreng.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan di sini hari ini, Zinger Double Down adalah burger yang menggunakan dua filet ayam Zinger Hot & Spicy sebagai pengganti roti yang mengapit kepingan keju dan kepingan ayam rangup dicurah sos Cheezy Mayo KFC.
KFC Zinger Double Down KFC diperkenalkan buat pertama kali di Malaysia pada tahun 2012 dan telah meraih perhatian dan minat meluas menerusi konsep uniknya, sekali gus mencipta fenomena dalam kalangan penggemar.
KFC Zinger Double Down boleh didapati secara a la carte, bermula dari harga RM10.90 dan pelanggan juga boleh menikmati hidangan lengkap dengan kombo Zinger Double Down yang didatangkan bersama KFC Crispier Fries dan minuman ringan berkarbonat.
Hanya terdapat bagi tempoh terhad di semua restoran KFC seluruh negara bermula 13 Julai 2017 ini. – MalaysiaGazette















