WASHINGTON – Golongan transgender tidak boleh berkhidmat dalam sebarang kapasiti ketenteraan di Amerika Syarikat.

Menerusi Twitter beliau, Presiden Donald Trump berkata, beliau telah berunding dengan pakar ketenteraan kerana mengambil kira kos dan perbelanjaan perubatan yang luar biasa.

“Selepas berunding dengan jeneral dan pakar ketenteraan saya, maklumkan bahawa Kerajaan Amerika Syarikat tidak akan menerima atau membenarkan individu transgender berkhidmat dalam apa-apa keupayaan tentera.

“Tentera kita mesti tertumpu pada kemenangan yang tegas dan luar biasa dan tidak dapat dibebani dengan kos perubatan yang besar dan gangguan yang akan disebabkan oleh transgender,” kata Trump.

Pada tahun lalu, pentadbiran bekas Presiden Barack Obama membenarkan golongan transgender berkhidmat dalam ketenteraan.

Tetapi pada bulan Jun lalu, Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat, James Mattis bersetuju menangguhkan pengambilan golongan itu dalam tentera.

Bagaimanapun, langkah itu tidak dilaksanakan serta-merta, kata Sarah Sanders pada taklimat media di White House.

Pelaksanaan polisi itu sedang dilaksanakan, menurut Sanders apabila ditanya sama ada tentera transgender di medan perang akan segera dihantar balik ke Amerika Syarikat.

“Ini adalah keputusan ketenteraan,” katanya. – MalaysiaGazette