LONDON – Bekas penyerang Liverpool, Dean Saunders menasihati bekas kelabnya supaya menerima tawaran lumayan Barcelona untuk Philppe Coutinho.

Jelasnya, dana yang diterima itu boleh dilaburkan bagi mendapatkan salah seorang pemain sama ada Isco, Juan Mata atau Sigurdsson.

Saunders berpendapat Isco atau Mata lebih mudah dibeli kerana kedua dua pemain itu kurang menjadi pilihan utama pengurus.

Lebih penting katanya, pemain yang menggantikan Coutinho mampu menjadi perancang utama Liverpool.

Sebelum ini, Barcelona berminat mendapatkan khidmat Coutinho daripada Liverpool yang dilihat sebagai pelan menggantikan Neymar.

Pemain Brazil itu dikaitkan dengan perpindahan ke Paris Saint-Germain (PSG) dengan harga tidak masuk akal iaitu 222 juta pound (RM1 bilion).

Juara La Liga dikatakan telah mengemukakan tawaran sebanyak 72 juta pound (RM400.32 juta) walaupun sedang berusaha untuk mengekalkan khidmat penyerang sensasi mereka. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast