BALING – Sekumpulan pelajar Maahad Tahfiz Taqwa di Kampung Teluk Teduri, Baling, Kedah nyaris maut apabila tingkat tiga bangunan maahad berkenaan terbakar awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira 2 pagi itu, kesemua pelajar dan kakitangan maahad sempat menyelamatkan diri.

Kebakaran memusnahkan bilik darjah dan surau di tingkat tiga bangunan.

Menurut komander operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Baling, Pegawai Bomba Kanan 2, Jusoh Abdul Wahab, bomba yang tiba 10 minit selepas menerima panggilan mendapati api sedang marak di bahagian atas bangunan.

Astro Awani melaporkan, bomba terpaksa menggunakan dua lori pancutan dan satu aliran untuk memadam kebakaran itu supaya api tidak merebak ke bangunan bersebelahan.

Selain BBP Baling, kerja pemadaman turut dibantu anggota dan jentera dari BBP Pengkalan Hulu.

Dalam kejadian itu, kira-kira 25 peratus bangunan tiga tingkat itu terbakar iaitu di tingkat paling atas.

Tiada kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan.

Punca dan nilai kerugian masih dalam siasatan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast