Menara Eiffel

PARIS – Seorang lelaki yang ditangkap di Menara Eiffel selepas menunjukkan pisau di depan pelancong dan dipercayai mahu membunuh seorang askar.

Suspek yang berumur 18 tahun mempunyai masalah psikologi itu ditahan lewat pada hari Sabtu di sebuah monumen Paris ketika melepasi keselamatan.

Tentera bersenjata yang ditempatkan di Menara Eiffel mengelilingi suspekĀ  dan memerintahkannya untuk meletakkan senjata.

Suspek dipercayai mahu melakukan serangan terhadap seorang askar,” kata sumber berasingan kepada AFP.

Polis awalnya menyiasat kejadian di Menara Eiffel ituĀ  sebagai kes jenayah, tetapi pihak pendakwa menukarkannya kepada anti-pengganas.

Selepas penangkapan, polis memeriksa tapak Menara Eiffel dan kemudian menutupnya daripada orang ramai.

Suspek dikatakan memakai baju bola sepak Paris, Saint-Germain pada masa kejadian.

Sumber undang-undang memberitahu, suspek adalah seorang warga Perancis yang dilahirkan di Mauritania, Afrika Barat.

Beliau adalah pesakit di sebuah hospital psikiatri yang dibebaskan pada hujung minggu lalu.

Dia pernah didapati bersalah menghasut keganasan dan membuat ancaman kematian pada Disember 2016 dan menerima hukuman yang digantung.

Menara itu dibuka semula pada pagi Ahad.

Perancis telah berada dalam keadaan kecemasan sejak November 2015 dan beberapa rentetan serangan ke atas pasukan keselamatan telah berlaku terutama yang menjaga kawasan pelancongan utama.

Pada bulan Februari, seorang lelaki yang bersenjatakan parang menyerang empat askar yang melakukan rondaan di Muzium Louvre di Paris manakala pada April lalu eorang penyerang menembak dan membunuh seorang anggota polis di Champs Elysees. – MalaysiaGazette