Rex Tillerson

KUALA LUMPUR Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Rex Tillerson akan melakukan lawatan kerja dua hari ke Malaysia bermula esok.

Ia merupakan lawatan sulung Tillerson ke Malaysia sejak dilantik sebagai Setiausaha Negara pada 1 Februari lalu.

Sempena lawatan itu, Tillerson dijadual mengunjungi Datuk Seri Najib Tun Razak esok dan mengadakan pertemuan dengan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi pada hari Rabu.

Kementerian Luar Negeri berkata, lawatan Tillersin itu akan memberi peluang kepada Malaysia dan Amerika Syarikat untuk berbincang dan bertukar-tukar pandangan tentang pelbagai isu bersama di peringkat dua hala, serantau dan antarabangsa.

Malaysia dan Amerika mempunyai hubungan rapat dan menjalinkan kerjasama dalam pelbagai bidang.

Dalam tempoh Januari hingga Mei 2017, jumlah dagangan dua hala antara kedua-dua negara meningkat 23.3 peratus kepada RM68.2 bilion (AS$15.4 bilion) berbanding RM55.3 bilion (AS$13.5 bilion) dalam tempoh sama pada 2016. – MalaysiaGazette