Home Ekonomi Curi wang 1MDB fokus siasatan AS

Curi wang 1MDB fokus siasatan AS

LOS ANGELES – Amerika Syarikat akan melakukan siasatan jenayah ke atas kecurian wang milik 1Malaysia Development Berhad (1MD) yang didakwa digunakan untuk memperoleh kira-kira AS$1.7 bilion dalam hartanah, seni, barang kemas dan aset-aset lain.

Kes yang difailkan oleh Jabatan Kehakiman menunjukkan Amerika Syarikat meningkatkan siasatan di seluruh dunia untuk mengesan sejumlah besar wang milik 1MDB yang telah digunakan untuk membayar hartanah mewah sebenar di New York, London dan Beverly Hills, penerbitan filem di Amerika Syarikat, jet peribadi, kapal layar dan banyak lagi.

Pegawai-pegawai Jabatan Kehakiman telah meminta seorang hakim di Los Angeles untuk menangguhkan tuntutan sivil terhadap aset yang diperoleh oleh Low Taek Jho atau Jho Low dan pihak lain yang terlibat dengan 1MDB.

Tuntutan kes itu mungkin menghalang siasatan jenayah.

Ejen Biro Siasatan Persekutuan (FBI) telah memberi amaran di mahkamah bahawa maklumat yang dibongkar dalam kes sivil boleh mendedahkan “sasaran yang berpotensi serta subjek penyelidikan dan teknik penyiasatan yang telah dan akan digunakan dalam siasatan”.

“Pendedahan sedemikian boleh mengakibatkan pemusnahan bukti, kehilangan subjek dan sasaran yang berpotensi, atau mengenal pasti dan menakutkan saksi yang berpotensi,” menurut pernyataan ejen itu.

Thom Mrozek, jurucakap peguam Amerika Syarikat di Los Angeles, tidak mengulas segera mengenai kes yang difailkan di Jabatan Kehakiman.

Dalam kes sivil, Amerika Syarikat mendakwa dari 2009 hingga 2015, lebih daripada AS$4.5 bilion kepunyaan 1MDB telah dipindahkan oleh pegawai-pegawai tinggi dan sekutunya.

Aset-aset Jho Low yang cuba dirampas oleh Amerika Syarikat termasuk saham di Hotel Park Lana New York, kepentingan bernilai AS$107 juta dalam EMI Music Publishing, AS$35 juta pesawat Bombardier dan Penthouse bernilai AS$30 juta di Time Warner Centre di New York.

Pusingan kedua tindakan undang-undang yang berkaitan dengan 1MDB yang difailkan pada bulan Jun, Jabatan Kehakiman mendakwa sejumlah AS$1.29 juta berlian berbentuk jantung dan AS$3.8 juta loket berlian yang diberikan oleh Jho Low kepada pelakon Miranda Ker pada tahun 2014 dibeli menggunakan wang 1MDB.

Jho Low juga didakwa memberikan lukisan Picasso bernilai AS$32 juta kepada aktor Leonardo DiCaprio, yang mengarah filem The Wolf of Wall Street, menggunakan 1MDB yang disalahgunakan. – MalaysiaGazette