Home Dunia Jumlah penumpang mabuk dalam pesawat meningkat

Jumlah penumpang mabuk dalam pesawat meningkat

LONDON – Penumpang yang ditangkap kerana disyaki mabuk di lapangan terbang di United Kingdom dan dalam penerbangan telah meningkat sebanyak 50 peratus dalam setahun, menurut kaji selidik oleh Panorama.

Sebanyak 387 orang ditahan antara Februari 2016 dan Februari 2017 – meningkat daripada 255 tahun sebelumnya.

Sementara itu, lebih daripada setengah krew kabin yang menjadi responden berkata, mereka telah menyaksikan tingkah laku penumpang mabuk yang mengganggu di lapangan terbang UK.

Lantaran itu pihak berkuasa penerbangan diminta menimbangkan peraturan lebih keras terhadap pengambilan alkohol.

Angka tangkapan adalah melalui 18 daripada 20 pasukan polis yang bertugas di sebuah lapangan terbang utama di kawasan mereka.

Badan perdagangan syarikat penerbangan United Kingdom berkata, pengharaman minum alkohol dalam pesawat sepatutnya diletakkan sebagai menyalahi undang-undang.

Daripada 19,000 anggota kru kabin Unite yang dikaji dan 4,000 yang memberi maklum balas dengan satu daripada lima mendakwa mengalami penderaan fizikal.

Pada bulan Julai 2016, industri penerbangan memperkenalkan kod tata laku sukarela pada penumpang yang mengganggu, membabitkan kebanyakan syarikat penerbangan dan lapangan terbang besar mendaftar.

Kod itu termasuk meminta peruncit memberi amaran kepada penumpang untuk tidak melakukan pembelian bebas cukai di pesawat manakala kakitangan juga diminta untuk tidak menjual alkohol kepada penumpang yang kelihatan mabuk.

Panorama mendapati lebih daripada satu per empat anak kapal yang dikaji tidak tahu mengenai amalan kod itu dan mereka yang mengetahuinya pula, hanya 23 peratus melaksanakan amalan tersebut. – MalaysiaGazette