Juara bertahan EFL, manchester United akan memulakan kempen bertemu Burton Albion 18 September ini.Goal.com

ENGLAND – Selaku juara bertahan, Manchester United akan memulakan kempen Piala EFL musim ini dengan berdepan Burton Albion dalam pusingan ketiga nanti.

Skuad bimbingan Pengurus Jose Mourinho menjulang piala itu menerusi gol kemenangan Zlatan Ibarhimovic musim lalu menewaskan Southampton 3-2 dalam aksi akhir di Wembley.

Kali ini Manchester United akan memulakan kempennya untuk mempertahankan kejuaraannya pada 18 September ini.

Ini merupakan pertemuan kali ketiga bagi kedua-dua pasukan itu selepas Man United menang perlawanan ulangan pusingan ketiga Piala FA Emirates pada 2006.

Juara EPL musim lalu Chelsea akan menerima kunjungan Nottingham Forest ke Stamford Bridge manakala Tottenham Hotspurs akan bertemu Barnsley atau Derby County.

Liverpool yang pernah menjulag EFL sebanyak lapan kali akan memulakan kempen EFL dengan bertandang ke King Powwer Stadium berdepan Leicester City yang dianggap laluan maut.

Dalam pemburuan musim lalu, the Kops tersungkur kepada Southampton dalam separuh akhir.

Arsenal akan menerima kunjungan kelab Liga pertama Doncaster Rovers di Emirates.- MalaysiaGazette