Thursday, August 20, 2026
Home Sukan KL2017: Kuartet 4×100 meter pecah rekod kebangsaan

KL2017: Kuartet 4×100 meter pecah rekod kebangsaan

Foto Instragram Astro Arena

KUALA LUMPUR – Gagal memenangi sebarang pingat namun kuartet 4×100 meter lelaki negara berjaya memecahkan rekod kebangsaan dalam Sukan SEA Ke-29 dengan catatan masa 39.27 saat di Stadium Nasional Bukit Jalil sebentar tadi.

Rekod sebelum ini adalah 39.62 saat yang dilakukan pada Julai lalu di Kejohanan Olahraga Terbuka Vietnam.

Bagaimanapun, kuartet yang diwakili Badrul Hisham Abd Manap, Mohd Haiqal Hanafi, Jonathan Nyepa dan Nixon Kennedy menamatkan saingan di tempat keempat.

Pemenang pingat emas acara 100 meter, Khairul Hafiz Jantan terpaksa menarik diri di saat-saat akhir selepas mengalami kecederaan di kaki.

Emas menjadi kuartet Thailand yang turut memperbaharui rekod temasya dengan catatan 38.90 saat berbanding rekod yang dipegang oleh mereka sendiri, 38.95 saat.

Terdahulu, rekod temasya dalam acara 4×100 meter wanita turut dipecahkan oleh pelari Vietnam dengan catatan masa 43.88 saat.

Catatan itu memperbaharui rekod sebelum ini milik Thailand 44.00 saat yang dibuat pada tahun 2013.

Kuartet negara menamatkan saingan dalam acara itu di tempat kelima. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast