Khairy bersama Azizul Hasni Awang meraih kejayaan sasaran 111 pingat emas di Sukan SEA ke 29

KUALA LUMPUR – Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin mengucapkan terima kasih kepada semua atlet negara yang beraksi di Sukan SEA ke 29, KL2017 kerana berjaya menepati sasaran 111 pingat emas.

Gembira dengan pencapaian itu, Khairy berkata dengan tercapainya sasaran itu, ia merupakan hadiah teristimewa buat negara yang menyambut ulangtahun kemerdekaan kali ke 60, Khamis depan.

“Terima kasih kepada atlet Malaysia untuk hadiah istimewa buat negara yang menyambut ulangtahun kemerdekaan kali ke 60,” katanya di Twitter beliau.

Malaysia memcapai matlamat 111 emas selepas atlet atlet berbasikal negara, Azizul Hasni Awang meraih pingat emas menerusi acara 200 meter pecut lelaki.

Azizul berjaya menewaskan Muhammad Shah Firdaus Sahrom di peringkat akhir untuk pingat perak.

Khairy sebelum itu, beliau berkongsi berita gembira apabila beliau mebuat entri tweet “Mission accomplished. #111 done. #KitaJuara” (Misi tercapai#11 dilakukan #KitaJuara), yang memberikan isyarat bahawa Malaysia telah muncul juara keseluruhan bagi sukan SEA kali ini.

Bagaimanapun, Khairy, yang juga pengerusi Jawatankuasa Penganjur Sukan SEA Malaysia (MASOC), berkata bahawa perjuangan belum berakhir.

Ini kerana Malaysia sudah membayangkan untuk melepasi jumlah 111 emas serta mencipta rekod tersendiri pencapaian emas dalam sejarah sukan dwitahunan itu yang diperkenalkan pada tahun 1959.

Pencapaian 111 emas setakat ini menyamai pencapaian sama ketika Malaysia menjadi tuan rumah pada edisi ke-21 pada tahun 2001. -MalaysiaGazette.