Home Dunia Kematian misteri juruterbang helikopter tentera

Kematian misteri juruterbang helikopter tentera

Helikopter Agusta. foto Tentera Belgium

BELGIUM – Kematian juruterbang helikopter tentera yang terjatuh semasa pertunjukan udara di utara negara ini masih kekal misteri.

Bagaimanapun mayat juruterbang itu telah ditemui berhampiran lembah di Amay berhampiran Liège.

Menurut laporan, semasa pertunjukan itu pembantu juruterbang sedang membantu tiga anggota tentera yang hendak melompat keluar menggunakan payung terjun dari helikopter Agusta A-109.

Apabila menoleh, pembantu juruterbang nampak kerusi juruterbang kosong dan pintu terbuka luas.

Dengan segera beliau mengambil kawalan dan mendaratkan helikopter dengan selamat.

Difahamkan juruterbang itu tidak mempunyai payung terjun.

Pakar foresik telah ke kawasan belukar, tempat kejadian di bandar Huy. Pasukan penyiasat tidak menolak kemungkinan motif bunuh diri.

Polis juga sedang menyiasat bagaimana pintu gelongsor di samping tempat duduk juruterbang telah dibuka dan sambungan radio antara juruterbang dan anggota krew lain telah dipotong, laporan Nieuwsblad Belgium. – MalaysiaGazette