Home Ekonomi Kos pembinaan MRT 3 diunjur RM40 bilion

Kos pembinaan MRT 3 diunjur RM40 bilion

MRT

KUALA LUMPUR – Projek Transit Aliran Massa Jajaran Ketiga (MRT3) sepanjang 40 kilometer dianggarkan menelan kos antara RM35 bilion dan RM40 bilion, kata CIMB Equities Research.

Unjuran itu mengambil kira kos sebanyak RM1 bilion bagi setiap kilometer untuk peruntukan bahagian bawah tanah dan RM500 juta kos bagi setiap kilometer bahagian atas tanah.

Firma penyelidikan itu mengekalkan tarikan sektor itu dan menyokong pembelian saham.

Bagaimanapun, risiko adalah pilihan raya dan risiko-risiko politik, penangguhan projek dan kesulitan dalam pembiaya dana.

Manakala, para penerima manfaat sektor kontrak MRT ini adalah besar dengan Gamuda kekal peserta utama.

“Gamuda a boleh menjadi pemegang kontrak untuk projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) yang menelan kos RM55 bilion dan LRT 3 pada separuh kedua 2017 dan 2H17 dan MRT3 pada tahun 2018,” kata entiti itu.

CIMB Research menjangkakan lebih banyak maklumat mengenai kemajuan MRT 3 akan dibuat selepas pengumuman Bajet 2018 pada bulan Oktober ini.

Baru-baru ini, Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, projek MRT3 perlu disegerakan walaupun projek MRT2 akan siap sepenuhnya pada 2024 dan akan disusuli dengan MRT3 pada 2027.

Fasa pertama MRT membabitkan laluan Sungai Buloh-Semantan sepanjang 21 kilometer sudah mula beroperasi pada 16 Disember tahun lalu.

Operasi fasa kedua MRT laluan Semantan-Kajang yang dilancarkan pada 17 Julai lepas melengkapkan jajaran Sungai Buloh-Kajang (SBK) sepanjang 51 kilometer merentasi 31 stesen, termasuk tujuh stesen bawah tanah. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast