Pas malam ini mengumumkan akan bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Port Dickson pada 13 Oktober ini.
Pas malam ini mengumumkan akan bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Port Dickson pada 13 Oktober ini.
KUALA LUMPUR – Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sewajarnya mengambil tindakan lebih awal untuk menghentikan kekejaman tentera Myanmar yang berterusan menzalimi dan membunuh umat Islam Rohingya.
Presiden Parti Islam Se-Malaysia (Pas), Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, walaupun etnik Rohingya tidak mampu bertindak balas, namun tidak bermakna umat Islam hanya mampu berpeluk tubuh tanpa berbuat apa-apa.
“Tindakan lebih awal hendaklah diambil secara berkesan oleh PBB, bukan sahaja resolusi dan lawatan yang tidak dihormati pun.
“Mereka hendaklah sedar bahawa kesabaran umat Islam ada batasnya. Jangan sampai adanya tindakan bersendirian yang tidak boleh dikawal lagi dan jangan Islam pula disalahkan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Abdul Hadi juga mengingatkan regim Myanmar agar tidak mencabar kesabaran umat Islam di negara lain terutamanya yang berjiran dengan negara berkenaan dengan berterusan mengorbankan etnik Rohingya tanpa berperikemanusiaan.
“Perlu diketahui bahawa di sekeliling negara zalim dan kejam itu sangat dekat dengan jumlah umat Islam yang besar sehingga mencecah setengah bilion,” tegasnya.
Beliau berkata lagi, masyarakat antarabangsa tidak boleh memejamkan mata dengan tindakan luar batasan regim Myanmar tanpa mempedulikan kritikan dan kutukan dunia luar terhadap mereka.
“Seluruh dunia sudah mengetahui kekejaman yang mengorbankan manusia di sana sehingga ramai yang terpaksa menjadi pelarian dan mangsa korban di darat dan lautan.
“Masyarakat antarabangsa perlu menyedari juga bahawa Islam mengajar erti kemanusiaan dan persaudaraan secara khusus di kalangan umat Islam sesama penganutnya laksana satu jasad,” katanya lagi. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast