Home Dunia Florida bersiap sedia hadapi Taufan Irma

Florida bersiap sedia hadapi Taufan Irma

Sebahagian jalan raya sudah mula kosong berikutan Taufan Irma dijangka melanda Florida paa hari Ahad ini. foto ABC News

FLORIDA – Semua penduduk Florida diarah segera meninggalkan kediaman masing-masing dan berada di pusat perlindungan memandangkan Taufan Irma semakin menghampiri negeri itu.

Rick Scott khuatir penduduk tidak sempat keluar dari kawasan-kawasan bahaya menjelang Taufan Irma yang dijangka melanda Ahad ini.

Selepas melanda sebahagian kepulauan Caribbean, Taufan Irma bertiup kencang ke Cuba dengan membawa hujan lebat dan seterusnya ke Florida.

Sebahagian 6.3 juta penduduk dengan lebih daripada 25 peratus dari populasi Amerika Syarikat telah diarah berpindah.

Taufan itu mendarat di Kepulauan Sabana-Camaguey, di utara-timur Cuba, lewat pada hari Jumaat lalu pada kategori ribut tahap lima tetapi kini lemah pada kategori tiga.

Selepas bergerak perlahan di sepanjang pantai utara Cuba, Taufan Irma kini menuju ke arah laut Florida.

Pada pukul 21:00 GMT, Taufan Irma merekodkan kelajuan angin maksimum 200km/j, menurut Pusat Hurricane Nasional di Amerika Syarikat.

Ia adalah kategori pertama daripada lima taufan yang melanda Cuba lebih daripada tempoh 80 tahun, dan dijangka bertiup lebih kencang sebelum tiba ke Florida.

Sekurang-kurangnya 24 orang menjadi mangsa Taufan Irma yang melanda seluruh Caribbean sepanjang minggu ini. – MalaysiaGazette