Seorang Pegawai Imigresen mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dua pertuduhan meminta dan menerima suapan sebanyak RM3,000 daripada seorang lelaki, dua tahun lepas.
Gambar Hiasan

KUALA TERENGGANU – Tiga pengurus syarikat dan seorang pemandu kilang papan ditahan reman selama lima hari bermula hari ini oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan kes pemberian rasuah kepada pegawai Jabatan Hutan Terengganu.

Perintah reman terhadap empat lelaki tersebut dibenarkan Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Kuala Terengganu, Noradila Ab. Latif.

Kesemua suspek yang berusia dalam lingkungan 29 hingga 62 tahun itu masing-masing disyaki memberi rasuah antara RM500 hingga RM1,000 kepada tiga pegawai Jabatan Perhutanan Terengganu dalam tiga insiden berasingan dari 23 Mei hingga 28 Ogos lalu.

Semua suspek disiasat mengikut Seksyen 17 (b) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah 2009

— BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast