Home Ekonomi Ahmad Fuaad CEO Malakoff yang baharu

Ahmad Fuaad CEO Malakoff yang baharu

Ketua Pegawai Eksekutif Proton Holdings, Datuk Ahmad Fuad Kenali pada sidang media selepas Majlis Pelancaran Quick Ride, sebuah projek hasil kerjasama antara KAPB, Proton dan Uber di Menara Bank Rakyat, Kuala Lumpur. foto SAFWAN MANSOR, 05 SEPTEMBER 2017

KUALA LUMPUR – Datuk Ahmad Fuaad Mohd Kenali dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Malakoff Corporation Berhad (Malakoff) yang baharu berkuatkuasa 1 Oktober ini.

Beliau adalah bekas Ketua Pegawai Eksekutif Proton Holdings Berhad sejak 1 April tahun lalu dan akan kekal sebagai ahli lembaga pengarah pembuat kereta nasional itu hingga 30 September.

Sebelum itu, Ahmad Fuaad adalah Ketua Pegawai Operasi – Kewangan dan Korporat serta Ketua Pegawai Kewangan DRB-Hicom dari Ogos 2013 hingga Mac 2016. – MalaysiaGazette