Home Dunia Taufan Maria semakin kuat

Taufan Maria semakin kuat

Taufan Maria yang dikategorikan pada kedudukan kelima. foto agensi

CALIFORNIA – Taufan Maria berpotensi berpotensi mengakibatkan bencana berada pada ribut kategori lima, kata ramalan cuaca Amerika Syarikat.

Pulau Dominica menjadi laluan pertamanya menyaksikan kekuatan angin 260 kilometer sejam (km/j).

Taufan Maria bergerak lebih jauh di sepanjang laluan  Taufan Irma.

Martinique mengisytiharkan tahap amaran maksimum manakala pulau Perancis lain, Guadeloupe, mengarahkan pemindahan penduduk.

Amaran taufan turut dikeluarkan pada Dominica, Puerto Rico dan Kepulauan Virgin dan British Virgin.

Lokasi lain yang turut diberi amaran sama ialah St Kitts dan Nevis, Montserrat serta St Lucia manakala pemerhatian di St Martin, Saba, St Eustatius dan Anguilla.

Beberapa kepulauan masih dalam proses pemulihan selepas dilanda Taufan Irma, taufan kategori tahap lima yang telah mengorbankan sekurang-kurangnya 37 orang dan menyebabkan kerugian berbilion-bilion dolar.

Pusat Taufan Kebangsaan Amerika Syarikat telah meningkatkan kekuatan Taufan Maria bebeapa jam pada Isnin dari kategori dua kepada empat dan seterusnya peringkat tertinggi, lima.

Ramalan kaji cuaca memberi amaran bahawa hujan lebat yang disebabkan oleh badai itu boleh menyebabkan banjir kilat dan lumpur yang mengancam nyawa. – MalaysiaGazette