Home Ekonomi Terapi.My tawar perkhidmatan uber urut

Terapi.My tawar perkhidmatan uber urut

Wan Hairul Azzuan Wan Hanudin. foto IQBAL BASRI

KUALA LUMPUR – Terapi.My, sebuah platform yang diwujudkan untuk perkhidmatan urut tradisional sudah bersedia untuk menjalankan operasinya mulai 1 Oktober ini.

Menawarkan beberapa jenis urutan tradisional tempatan, Terapi.My menawarkan urut Melayu, urut kesihatan, urut lena, urut batin, urut lumpuh/strok, urut pasca kelahiran, urut andaman dan urut penyakit kronik.

Pengasas Terapi.My, Wan Hairul Azzuan Wan Hanudin yang merupakan pemenang geran Unit Peneraju Agenda Bumiputera (Teraju) berkata, Terapi.My berperanan seperti perkhidmatan Uber antara tukang urut dan pelanggan.

Ini bermakna, pelanggan yang mahu mendapatkan perkhidmatan urut perlu menghubungi Terapi.My untuk mendapatkan juru urut yang dikehendaki.

Katanya, sejajar dengan Akta Perubatan 2016, Terapi.My menawarkan perkhidmatan daripada graduan yang dilahirkan untuk menjadi juru urut secara profesional.

Wan Hairul berkata, juru urut Terapi.My dilatih dari Institut Sains Fizikal, Budaya dan Seni, yang mana pembelajarannya diiktiraf oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).

Jelasnya, untuk permulaan Terapi.My akan beroperasi di Kuala Lumpur dan Selangor sebelum diperluaskan di Johor Bahru dan Pulau Pinang pada tahun depan.

Katanya, setiap caj perkhidmatan urut itu ditentukan oleh juru urut sendiri.

Menurut beliau, perkhidmatan Terapi.My adalah patuh Syariah, lantaran itu juru urut wanita ditetapkan masa bertugas sehingga 6 petang manakala lelaki tanpa had.

Orang ramai yang mahu mendapatkan perkhidmatan juru urut bertauliah boleh menghubungi [email protected] atau di talian 013-2779551. – MalaysiaGazette