Walaupun Tony Pua telah menyatakan kesediaan untuk berundur sebagai ketua dan menyatakan sokongan kepada Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh untuk menggantikannya, tetapi kemelut membabitkan DAP Selangor belum berakhir.
KUALA LUMPUR – Walaupun DAP agak yakin untuk mengekalkan kerusi-kerusi di kawasan bandar di Selangor pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), parti pembangkang itu bagaimanapun bakal berdepan cabaran untuk mempertahankan kerusi di kawasan separa bandar.
Kawasan yang dimaksudkan termasuk Sungai Pelek di Sepang, Kuala Kubu Bahru di Hulu Selangor dan Teluk Datuk di Kuala Langat.
DAP memenangi kesemua 15 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan empat kerusi Parlimen yang ditandingi dalam pilihan raya lalu.
China Press melaporkan, kebanyakan wakil rakyat DAP akan dikekalkan untuk terus bertanding melainkan untuk kawasan kelabu yang berisiko.
ADUN Teluk Datuk, Loh Chee Heng yang ditamatkan keahlian parti sudah pasti tidak akan bertanding semula di bawah panji DAP.
ADUN Sungai Pelek, Lai Nyuk Lan pula dilaporkan akan digugurkan kerana rekod perkhidmatan yang kurang memuaskan.
Masing-masing Teluk Datuk dan Sungai Pelek pernah menjadi kubu kuat MCA malahan berjaya dipertahankan parti itu pada 2008 ketika kawasan lain jatuh ke tangan DAP dan PKR.
Daripadanya, Sungai Pelek berada dalam keadaan berisiko tinggi buat DAP dan ia mungkin dirampas semula oleh MCA dalam PRU-14.
Sementara itu, DAP juga berasa cuak di Kuala Kubu Bharu selepas berlaku pertambahan pengundi Melayu yang kini menyumbang 40 peratus pengundi kawasan itu, iaitu hampir sama dengan jumlah pengundi Cina. – MalaysiaGazette

Comments are closed.