Home Dunia AS perluas sekatan ke atas Pyongyang

AS perluas sekatan ke atas Pyongyang

WASHINGTON – Presiden Donald Trump menandatangani perintah baharu dalam usaha meningkatkan sekatan terhadap Korea Utara berikutan program senjata nuklearnya.

Perbendaharaan Amerika Syarikat telah diberi kuasa untuk mensasarkan firma dan institusi kewangan yang menjalankan perniagaan dengan Korea Utara,

Trump berkata, Bank Pusat China telah mengarahkan bank-bank China untuk berhenti membuat perniagaan dengan Pyongyang.

Arahan itu dikeluarkan kurang daripada dua minggu selepas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu meluluskan sekaran baharu ke atas Pyongyang selepas negara itu melancarkan peluru terbaharu minggu lalu.

Ketegangan berlaku sejak kebelakangan ini selepas Korea Utara meneruskan ujian peluru berpandu balistik dan nuklear meskipun berhadapan dengan tekanan kuasa dunia.

Mengumumkan perintah eksekutif baharu itu, Trump berkata, langkah itu dirancang untuk “memotong sumber pendapatan yang membiayai usaha Korea Utara membangunkan senjata paling dahsyat”.

Beliau mencadangkan sekatan ke atas tekstil, perikanan, teknologi maklumat dan industri perkilangan.

“Sudah terlalu lama kita membenarkan Korea Utara menyalahgunakan sistem kewangan antarabangsa untuk pembiayaan program senjata dan peluru berpandu nuklear,” katanya.

Beliau menegaskan, sekatan itu mensasarkan hanya satu negara dan negara itu adalah Korea Utara.

Setiausaha Perbendaharaannya, Steven Mnuchin memberitahu: “Institusi kewangan asing kini kena memilih untuk melakukan perniagaan dengan Amerika Syarikat atau Korea Utara tetapi bukan keduanya”. – MalaysiaGazette